berhubung dengan entry di atas, adalah suka cita dimaklumkan..ye, saya dapat grad bersama-sama kawan2 saya yang lain..alhamdullilah...satu skroll dah ada dalam tangan..DIPLOMA ANALISIS PELABURAN.
sebenarnya, walaupun result dah keluar dari hari rabu, tapi baru sekarang saya mahu tengok. dah memang habit dari part 1 lagi,suka tengok result lambat... (disamping takut sebenarnya huhu).
walaupun result tak lah segempak budak DL tetapi im still happy kerana ia memuaskan diri ini juga..dan walaupun saya ni hanya manusia biasa, namun alhamdullilah saya dapat menyimpan rekod bersih untuk diploma ini, tak pernah repeat apa-apa dah my CGPA above 3. satu kata-kata lecturer saya yang sayang ingat sampai kini " kalau masa zaman diploma dah repeat,nanti degree macam mana..." . mungkin nampak kasar or akan menganggu sensitiviti mereka yang ada repeat paper ketika itu (dah la puan cakap dalam kelas huk3), tapi cuba fikir dari sudut persepsi lain. kalau saya,ini menjadi pembakar semangat saya untuk saya berusaha lebih kuat supaya tak repeat apa-apa!.
kawan-kawan di facebook dok seronok bercerita result masing-masing, ada yang dah rancang nak beli baju sama-sama untuk konvo laa, ada yang meluahkan rasa seronok sebab dapat pakai baju konvo sama-sama, hmm macam- macam lahhh..seronok membaca komen mereka disamping seronok menumpang kegembiraan mereka.
dikesempatan ini juga, ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih untuk kejayaan ini kepada:
1. keluarga saya terutama MAK saya yang menjadi pembakar semangat saya meniti kejayaan ini dan atas doa beliau.
2. kawan-kawan saya.
3. PPG ~Beyond Expectation (noor amirah, nadiah, nazira) dan Ilham Yasri. yang selama ini saya kenal dari part 1. susah senang kami bersama. belajar bersama...buat assgment bersama dengan bersih krisis.
nazira= awak telah menjadi taiko saya untuk belajar
amira=awak telah menjadi kauselor saya untuk belajar
nadiah=awak telah menjadi teman belajar ideal saya untuk belajar
ilham=awak telah menjadi 'buku' saya untuk belajar
4. pelajar-pelajar DIIA yang secara langsung atau tidak langsung banyak membantu saya terutama para pelajar JBM1146A tersayang(musa,muiz,agus,syafiq,azhari,azzali,yinn,anne,farah,syida,dell,mel,azie,jiha,
kechik,nissa,saj,intan dan ain)
5. kepada nurul ain nazamuddin terutama, saya banyak belajar dengan awak. terima kasih untuk semua ilmu yang awak kongsikan.
6. dan paling istimewa...tentulah penyarah-pensyarah yang telah mengajar saya dari part 1 sampai part 6 sehingga saya dapat grad on time ni.. :
tuan datang dari jauh,
saya di sini setia menanti,
kini aku mampu terbang jauh,
untuk memenpuh badai menanti. >>(rekaan saya sendiri hehe)
harapan ku kini, agar dapatlah meneruskan perjalanan dalam menjejaki ilmu ini..
DEGREE IN FINANCE at UiTM Segamat is my dream!
nice! sama la kite ...
ReplyDeletehuhu Congraz!
semoga dpt ap yg dihajati
x saba2 nk tggu degree nnti haha xD