Tidak akan melayu hilang didunia

Sireh berlipat sireh pinang,

Sireh dari Pulau Mutiara,

Pemanis kata selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.

Saturday, May 28, 2011

kami menangkap pencuri berusia 11 tahun!

kejadian ini berlaku petang tadi (28mei2011) dalam pukul 3 macam tuuu..







mak saya, tergerak hati ketika itu untuk melihat ampaian kami dibelakang dari dalam rumah sahaja,.kemudian dia bertanyakan kepada asik saya "kila,kau dah amik seluar jeans kau yang kat selakang tuu kee??" .



kemudian adik ku tercenggang seketika, dia rasa dia belum ambil. so kami bertiga secara berombongan menuju ke dapur (tak tau la kenapa tiba2 hari ni nak tengok seluar kat ampaian pun nak bawa rombongan bagai haha).







kemudian kami pun buka pintu belakang. ehhh tak ada la. kila kata dia belum angkat bawa masuk lagi. hmm..



kami pun ketika itu terpandang seorang budak berjalan di lorong belakang rumah kami dengan membawa pakaian bagai seluar. eh kami pelik. mak pun kata " hah tu seluar kau dik. cepat kejar dia! " (ah sudah, drama gerak khas nak mula kee haha). kila pun mengejar budak itu ( bukan kejar sangat pun cuma jalan laju sebab budak tu tak lari.dia tengah berjalan dan dia tak perasan yg kila kat belakang dia). so kila berhati-hati nak mendekati nye dan bila nak dekat budak tu macam perasan ada orang dibelakangnya namun dia tak lari pun.mungkin dia panik kot. (kila tak terus sergah dia sebab dari belakang kila cakap macam Enon, org gila kat kawasan kami.so takut mana tau dia ada parang kan.ha tak pasal-pasal kang). bila dah mendekati budak itu, kila pun tanya "kenapa kau amik seluar aku" budadk tu jawab " ni seluar kawan saya". ciss hampeh sungguh. dah tentu2 kau amik kat ampai kitorang kau kata kawan kau punya . apa lagi, asik aku pun tarik amik dari dia. dia pula macam panik dan cuba untuk berlakon (kila kata, nak berlakon dengan orang yang selalu berlakon heh. haha)

mak dan aku yang di pintu rumah lagi, mak seraya berkata " kau bawak budak tu ke sini!"
( mak ai mak aku. adik aku memang aku tau gengster, mak aku pun bekas gengster juga dulu haha)
hmm drama melayu nak mula dahhh.aku cuma menjadi penonton sahaja.. so mereka bertelagah la di situ. mak dan kila mesti lah tak puas hati dia curi hak kami. MENCURI tuu!!! bukan satu tapi 4 seluar jeans!!!! kami marah bukan sebab isu seluar yang dia curi tapi sebab dia MENCURI! walaupun dia seorang budak namun kalau kecil2 dah pandai buat ini , nanti besar apa jadi? lagi satu hal yang buat kila aku tambah hangin adalah budak tu dah salah tapi mantol cakap. melawan. kalau dia buat muka kesian ke,dan dengan rasa bersalah kee tak lah mak and kila marah sampai macam tu sekali. si pelaku ni beri macam-macam alasan nak lepaskan diri. kila mintak IC, dia kata tak bawa.

ketika itu, aku dengan pantas masuk ke bilik dan mengambil kamera Samsung kesayangan ku itu untuk merakam detik-detik itu ( al maklumlah, memang hobi ku mengambil gambar dan merakam apa jua situasi. yelahh praktis nak jadi penyampai berita heheee).
sap pap, aku merakam detik itu

*p/s: maaf, atas sebab sebab tertentu kami tidak boleh menayangkan rakaman kejadian itu kerana kami tak cukup 'sifat' masa tuu heheee (uncensored)


on that time also, orang sebelah rumah pun keluar nak tengok apa yang berlaku. dia kata, minggu lepas seluar jeans dia pun hilang.. ( wow. ok. )



budak itu berulang kali cuba melarikan diri namun tentulah kila tak nak melepaskan dia. dengan sebelah tangan si kila pegang seluar tu semua dan sebelah tangan lagi cuba menarik budak itu.. budak tu meraung raung panggil ibu dia. ooo time ni kau ingat pula ibu kau yee. kau curi tu!
tak lama kemudian ntah macam mana ibu dia yang sedang mencari dia muncul di situ sebab terdengar anak dia panggil dia kottt ( kebetulan bukan?? ni memang drama melayu).

* ketika ini juga ayah dah masuk campur,dah keluar rumah sebab dari dalam bilik dia dengar bunyi bising hahaha ( kuat gile mak dengan kila marah budak tuu)


ha ni lagi buat kami geram. bila ibu dia sampai, ibu dia tanya apa hal. mak dan kila beritahu tapi ada ke patut budak tu tuduh kami pula yang tuduh dia mencuri. eh budak ni memang betul2 tak boleh bagi muka. tengok lah, sapa tak marah? even dia budak pun.
tapi biasalah. dia bukan pelakon hebat. dia sendiri berkata sampai dia terperangkap sendiri. so mak dia tau lah yang dia mencuri. mak aku tanya awak ni mak betul dia ke? then mak dia kata ye saya mak betul dia (sebab before tu mak aku tanya budak tu dia kata dia duduk dengan mak tiri . see??? bohong lagi)
mak dia kata, dia dulu memang selalu buat hal. tapi dia dah ok. tapi mak dia kata dia buat hal semula. tu yang mak dia risau, dia suruh pergi kedai kenapa lama sangat dia cari anak dia. her mother also kata dulu dia kerja tapi sekarang dia berhenti dah sebab nak jaga anak dia nie ( boleh percaya kee?? ke diorang ni sama jeee). my mak tanya mak dia, duduk mana. oh rupanya duduk satu taman dengan kami..dekat je pun ha ( anak dia kata masa tanya mula2 dia kata duduk taman sebelah. see??? bohong lagi..). then mereka cakap2 apa lagi . i just record the moment jee:)

aiii kenapa lah tak tertangkap budak tu time mak cik aku ada tengahari tuu, boleh tangkap ha.my mak cik polis..

so kes tidak dibawa . she lucky because her mother was there haha.

nak tahu part apa yang kelakar juga??? hari ini anak cina sebelah rumah kitorang mati.sebab sakit. tu yang bila dah dalam rumah tuu cakap dengan mak and kila "korang ni, sebelah rumah ada cina mati,korang kat belakang rumah bising gilerrrrrr!!!" hahahaha kelakar. tapi nasib rumah cina sebelah dia tak ada buat apa.just senyap and ada sedara mara dia datang.mungkin kat tempat lain.







this is her!. wearing the yellowish baju kurung. behind her is her mother.



( kila ada kata "kau ni pakai baju kurung pun mencuri " haha . kila also told me yang masa dapat budak tu dia siap menggigil tangan sebab tahan nak tampar budak tuu. haha well im not suprise. its Kila. budak, u r lucky tak kena penampor dia. haha


i just stood and do my job. being reporter.haha. tak masuk campur.sebab saya tak pandai . hahahaha poyooooooooo....



kesimpulannya:


budak ke orang dewasa ke, mencuri tetap dinamakan mencuri. dosa tetap dosa. mungkin kita masih ada lagi consideration jika dia masih lagi seorang budak.namun adakalanya iman kita diuji.


dan secara beribadi nya, for me, this first time ever happen to me, watching this live also.and for our family.



so that, thank you.

2 comments:

  1. GOSHH!!! kecik2 lagi dah pandai mencurik dah bohong,.asal kila tuh xlempang je dia sekali sebelom mak dia dtg,.aini plak yg geraamm nih,.HAAHHAA

    ReplyDelete
  2. eh japp!!! baru aini perasan,.blog kak edurra rupenyeeeee hehehehe,.sumpah baru perasan nampak gmbar kat sebelah ni,.hahaha

    ReplyDelete