Tidak akan melayu hilang didunia

Sireh berlipat sireh pinang,

Sireh dari Pulau Mutiara,

Pemanis kata selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.

Thursday, July 7, 2011

Degree is here!!!




alhamdullilah..tercapai juga hasrat untuk sambung pelajaran dalam degree ini.

selamat datang BACHELOR IN FINANCE.

thank you DIPLOMA IN INVESTMENT ANALYSIS.


lebih mengembirakan berganda sebab dapat ditempat yang sama.. UITM SEGAMAT tercinta.
Sangat teruja dan pada masa yang sama takut sebenarnya.
semoga semangat akan lebih membara untuk meneruskan kehidupan dalam era degree ini.

Tuesday, June 7, 2011

Maksu...Happy birthday

Maksu (warna merah sebab dia big fans of ferrari) kesayangan saya yang juga merangkap idola saya telah menyambut hari jadinya bersama kami pada 3 Jun yang lepas.

sebelum ini dia selalu sambut disana jee,tahun ni dia terasa nak sambut dengan kami semua di sini. kena pula time cuti sekolah plus aku tengah cuti semester yang panjang.




this is from ours. memadre,me and me hermana. why we choose these?? ada sentimental value lahhh ;). jangan tanya kenapa tak letak gambar orang yang sambut bufday tu,buat apa letak gambar sendiri kan?? (memanglah kelakar.macam jual produk sendiri haha). sebab dia tak suka gambar dia di exposure kan pada public


maksu saya,


adalah idola saya.


adalah PA terbaik saya.


adalah wanita ke-3 terpenting dalam hidup saya selepas Mak dan Kila.



Tuesday, May 31, 2011

Kila is making brownies

adik saya,Kila....dia suka memasak. last sunday, she told me that her intention to make brownies according to the recipe book that she buy from Popular bookstore. heheee sampai macam tu sekali.



saya kata "kau tak pernah buat cake lagi,dah nak terus uat brownies??"


dia jawab "ahh kau diam,.nanti aku buat kau juga yang makan"

saya diam . ok jee.saya juga yang makan.kat rumah ni bila saya balik je makanan dapat dihabiskan.kalau tak membazir terpaksa buang.hmmm






BROWNIES KILA





bahan-bahan:




pembuatan nya:







hasilnya:


panas dari oven...



ini bukan brownies.ini brownoossss la Kilaaaaa heheeee

Saturday, May 28, 2011

kami menangkap pencuri berusia 11 tahun!

kejadian ini berlaku petang tadi (28mei2011) dalam pukul 3 macam tuuu..







mak saya, tergerak hati ketika itu untuk melihat ampaian kami dibelakang dari dalam rumah sahaja,.kemudian dia bertanyakan kepada asik saya "kila,kau dah amik seluar jeans kau yang kat selakang tuu kee??" .



kemudian adik ku tercenggang seketika, dia rasa dia belum ambil. so kami bertiga secara berombongan menuju ke dapur (tak tau la kenapa tiba2 hari ni nak tengok seluar kat ampaian pun nak bawa rombongan bagai haha).







kemudian kami pun buka pintu belakang. ehhh tak ada la. kila kata dia belum angkat bawa masuk lagi. hmm..



kami pun ketika itu terpandang seorang budak berjalan di lorong belakang rumah kami dengan membawa pakaian bagai seluar. eh kami pelik. mak pun kata " hah tu seluar kau dik. cepat kejar dia! " (ah sudah, drama gerak khas nak mula kee haha). kila pun mengejar budak itu ( bukan kejar sangat pun cuma jalan laju sebab budak tu tak lari.dia tengah berjalan dan dia tak perasan yg kila kat belakang dia). so kila berhati-hati nak mendekati nye dan bila nak dekat budak tu macam perasan ada orang dibelakangnya namun dia tak lari pun.mungkin dia panik kot. (kila tak terus sergah dia sebab dari belakang kila cakap macam Enon, org gila kat kawasan kami.so takut mana tau dia ada parang kan.ha tak pasal-pasal kang). bila dah mendekati budak itu, kila pun tanya "kenapa kau amik seluar aku" budadk tu jawab " ni seluar kawan saya". ciss hampeh sungguh. dah tentu2 kau amik kat ampai kitorang kau kata kawan kau punya . apa lagi, asik aku pun tarik amik dari dia. dia pula macam panik dan cuba untuk berlakon (kila kata, nak berlakon dengan orang yang selalu berlakon heh. haha)

mak dan aku yang di pintu rumah lagi, mak seraya berkata " kau bawak budak tu ke sini!"
( mak ai mak aku. adik aku memang aku tau gengster, mak aku pun bekas gengster juga dulu haha)
hmm drama melayu nak mula dahhh.aku cuma menjadi penonton sahaja.. so mereka bertelagah la di situ. mak dan kila mesti lah tak puas hati dia curi hak kami. MENCURI tuu!!! bukan satu tapi 4 seluar jeans!!!! kami marah bukan sebab isu seluar yang dia curi tapi sebab dia MENCURI! walaupun dia seorang budak namun kalau kecil2 dah pandai buat ini , nanti besar apa jadi? lagi satu hal yang buat kila aku tambah hangin adalah budak tu dah salah tapi mantol cakap. melawan. kalau dia buat muka kesian ke,dan dengan rasa bersalah kee tak lah mak and kila marah sampai macam tu sekali. si pelaku ni beri macam-macam alasan nak lepaskan diri. kila mintak IC, dia kata tak bawa.

ketika itu, aku dengan pantas masuk ke bilik dan mengambil kamera Samsung kesayangan ku itu untuk merakam detik-detik itu ( al maklumlah, memang hobi ku mengambil gambar dan merakam apa jua situasi. yelahh praktis nak jadi penyampai berita heheee).
sap pap, aku merakam detik itu

*p/s: maaf, atas sebab sebab tertentu kami tidak boleh menayangkan rakaman kejadian itu kerana kami tak cukup 'sifat' masa tuu heheee (uncensored)


on that time also, orang sebelah rumah pun keluar nak tengok apa yang berlaku. dia kata, minggu lepas seluar jeans dia pun hilang.. ( wow. ok. )



budak itu berulang kali cuba melarikan diri namun tentulah kila tak nak melepaskan dia. dengan sebelah tangan si kila pegang seluar tu semua dan sebelah tangan lagi cuba menarik budak itu.. budak tu meraung raung panggil ibu dia. ooo time ni kau ingat pula ibu kau yee. kau curi tu!
tak lama kemudian ntah macam mana ibu dia yang sedang mencari dia muncul di situ sebab terdengar anak dia panggil dia kottt ( kebetulan bukan?? ni memang drama melayu).

* ketika ini juga ayah dah masuk campur,dah keluar rumah sebab dari dalam bilik dia dengar bunyi bising hahaha ( kuat gile mak dengan kila marah budak tuu)


ha ni lagi buat kami geram. bila ibu dia sampai, ibu dia tanya apa hal. mak dan kila beritahu tapi ada ke patut budak tu tuduh kami pula yang tuduh dia mencuri. eh budak ni memang betul2 tak boleh bagi muka. tengok lah, sapa tak marah? even dia budak pun.
tapi biasalah. dia bukan pelakon hebat. dia sendiri berkata sampai dia terperangkap sendiri. so mak dia tau lah yang dia mencuri. mak aku tanya awak ni mak betul dia ke? then mak dia kata ye saya mak betul dia (sebab before tu mak aku tanya budak tu dia kata dia duduk dengan mak tiri . see??? bohong lagi)
mak dia kata, dia dulu memang selalu buat hal. tapi dia dah ok. tapi mak dia kata dia buat hal semula. tu yang mak dia risau, dia suruh pergi kedai kenapa lama sangat dia cari anak dia. her mother also kata dulu dia kerja tapi sekarang dia berhenti dah sebab nak jaga anak dia nie ( boleh percaya kee?? ke diorang ni sama jeee). my mak tanya mak dia, duduk mana. oh rupanya duduk satu taman dengan kami..dekat je pun ha ( anak dia kata masa tanya mula2 dia kata duduk taman sebelah. see??? bohong lagi..). then mereka cakap2 apa lagi . i just record the moment jee:)

aiii kenapa lah tak tertangkap budak tu time mak cik aku ada tengahari tuu, boleh tangkap ha.my mak cik polis..

so kes tidak dibawa . she lucky because her mother was there haha.

nak tahu part apa yang kelakar juga??? hari ini anak cina sebelah rumah kitorang mati.sebab sakit. tu yang bila dah dalam rumah tuu cakap dengan mak and kila "korang ni, sebelah rumah ada cina mati,korang kat belakang rumah bising gilerrrrrr!!!" hahahaha kelakar. tapi nasib rumah cina sebelah dia tak ada buat apa.just senyap and ada sedara mara dia datang.mungkin kat tempat lain.







this is her!. wearing the yellowish baju kurung. behind her is her mother.



( kila ada kata "kau ni pakai baju kurung pun mencuri " haha . kila also told me yang masa dapat budak tu dia siap menggigil tangan sebab tahan nak tampar budak tuu. haha well im not suprise. its Kila. budak, u r lucky tak kena penampor dia. haha


i just stood and do my job. being reporter.haha. tak masuk campur.sebab saya tak pandai . hahahaha poyooooooooo....



kesimpulannya:


budak ke orang dewasa ke, mencuri tetap dinamakan mencuri. dosa tetap dosa. mungkin kita masih ada lagi consideration jika dia masih lagi seorang budak.namun adakalanya iman kita diuji.


dan secara beribadi nya, for me, this first time ever happen to me, watching this live also.and for our family.



so that, thank you.

Friday, May 27, 2011

alhamdullilah...grad on time!





berhubung dengan entry di atas, adalah suka cita dimaklumkan..ye, saya dapat grad bersama-sama kawan2 saya yang lain..alhamdullilah...satu skroll dah ada dalam tangan..DIPLOMA ANALISIS PELABURAN.










sebenarnya, walaupun result dah keluar dari hari rabu, tapi baru sekarang saya mahu tengok. dah memang habit dari part 1 lagi,suka tengok result lambat... (disamping takut sebenarnya huhu).


walaupun result tak lah segempak budak DL tetapi im still happy kerana ia memuaskan diri ini juga..dan walaupun saya ni hanya manusia biasa, namun alhamdullilah saya dapat menyimpan rekod bersih untuk diploma ini, tak pernah repeat apa-apa dah my CGPA above 3. satu kata-kata lecturer saya yang sayang ingat sampai kini " kalau masa zaman diploma dah repeat,nanti degree macam mana..." . mungkin nampak kasar or akan menganggu sensitiviti mereka yang ada repeat paper ketika itu (dah la puan cakap dalam kelas huk3), tapi cuba fikir dari sudut persepsi lain. kalau saya,ini menjadi pembakar semangat saya untuk saya berusaha lebih kuat supaya tak repeat apa-apa!.




kawan-kawan di facebook dok seronok bercerita result masing-masing, ada yang dah rancang nak beli baju sama-sama untuk konvo laa, ada yang meluahkan rasa seronok sebab dapat pakai baju konvo sama-sama, hmm macam- macam lahhh..seronok membaca komen mereka disamping seronok menumpang kegembiraan mereka.








dikesempatan ini juga, ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih untuk kejayaan ini kepada:

1. keluarga saya terutama MAK saya yang menjadi pembakar semangat saya meniti kejayaan ini dan atas doa beliau.

2. kawan-kawan saya.

3. PPG ~Beyond Expectation (noor amirah, nadiah, nazira) dan Ilham Yasri. yang selama ini saya kenal dari part 1. susah senang kami bersama. belajar bersama...buat assgment bersama dengan bersih krisis.

nazira= awak telah menjadi taiko saya untuk belajar
amira=awak telah menjadi kauselor saya untuk belajar
nadiah=awak telah menjadi teman belajar ideal saya untuk belajar
ilham=awak telah menjadi 'buku' saya untuk belajar

4. pelajar-pelajar DIIA yang secara langsung atau tidak langsung banyak membantu saya terutama para pelajar JBM1146A tersayang(musa,muiz,agus,syafiq,azhari,azzali,yinn,anne,farah,syida,dell,mel,azie,jiha,
kechik,nissa,saj,intan dan ain)

5. kepada nurul ain nazamuddin terutama, saya banyak belajar dengan awak. terima kasih untuk semua ilmu yang awak kongsikan.

6. dan paling istimewa...tentulah penyarah-pensyarah yang telah mengajar saya dari part 1 sampai part 6 sehingga saya dapat grad on time ni.. :



tuan datang dari jauh,
saya di sini setia menanti,
kini aku mampu terbang jauh,
untuk memenpuh badai menanti.
>>(rekaan saya sendiri hehe)

harapan ku kini, agar dapatlah meneruskan perjalanan dalam menjejaki ilmu ini..

DEGREE IN FINANCE at UiTM Segamat is my dream!

Sunday, May 22, 2011

puisi Perempuan oleh Rangga



Perempuan datang atas nama cinta
Bunda pergi karna cinta
digenangi air racun jingga
adalah..wajamu seperti bulan lelap tidur dihatimu
yang berdinding kelam dan kedinginan

ADA APA DENGANNYA??

Meninggalkan hati untuk dicaci
lalu..
sekali ini aku lihat karya syurga dari mata seorang hawa

ADA APA DENGAN CINTA??

Dan aku akan kembali dalam satu purnama
untuk mempertanyakan kembali cintanya
bukan untuknya..bukan untuk siapa..
tapi untukku...
karna aku ingin kamu
itu sahaja....






-AADC-









Suara Hati Seorang Kekasih



Hanya namamu di hatiku

jiwa dan raga takkan berdusta

namun terkadang cinta terusik benci sesaat


seribu musim takkan bisa

menghibur hati yang penuh marah

entah mngapa berpisah saat mulai menjalin


suara hati seorang kekasih bagai nyanyian syurgawi

takkan berdusta walau ketamakan

merajai diri yang penuh emosi

jauh didasar hatiku

tetap ku mahu kau sebagai kasihku..





-AADC-







Saturday, May 21, 2011

selamat hari jadi 'Peter Parker'



hari ini...21 mei. saban tahun diri ini pasti tidak akan melupakan tarikh ini..malahan dinanti penuh sabar..



walaupun kini sibuk menjadi Tun Teja, tapi mana mungkin diri ini melupakan Mary Jane (MJ)..







kerana 'dia', aku mengenal dunia Spiderman ini.kerana 'dia' aku menjadi Mary Jane, dan kerana 'dia; juga....aku ada memori yang ini.




aku tidak pernah penat mengingati segala memori itu. setiap tahun aku pasti mengingati tarikh 21 Mei ini, namun aku tahu juga aku tak dapat memberi ucapan ini kepadanya...

hmmm sejak tamat zaman sekolah kami dengan haluan masing2. tidak menghubungi antara satu sama lain. dan aku tau, dia dah tukar number dia sebab each year i never failed to wish him. NEVER! even i know the truth.


adakalanya, bila fikiran mengimbau kembali memori2 itu, sedih,pilu,gembira pun dan kelakar pun ada..:D. kadang-kadang terfikir juga, macam mana lah aku boleh bertemu dia dan macam mana lah aku boleh wujudkan kisah ini.. well...kuasa Allah. takdir namanya.


i still remember the best moment i have with him. the moment where we been the Pete and MJ.




hmmmm indah sungguh saat itu. namun seperti biasa, kenangan indah itu bukan selalunya kekal. takdir yang menemukan kita dan takdir juga yang memisahkan kita.....


untuk Pete:

semoga panjang umur,sihat selalu, mendapat kejayaan atas apa yang awak usahakan ini dan ,moga dipertemukan dengan jodoh yang baik. i know, it is my fault that i _ _ _ _ u . oleh itu,saya harap kita tak akan bertemu lagi dan biar kisah ini menjadi kenangan terindah dalam hidup ini sahaja.






TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA.







fanaa

"semoga cintaku memusnahkan hidupmu"

Friday, May 20, 2011

menghitung hari jadi 'peter parker'

tinggal beberapa minit sahaja lagi untuk masuk ke hari yang baru iaitu 21 mei 2011. saban tahun aku pasti akan menunggu saat ini walaupun aku tau ia tidak berguna....

meng-upgrade blog

saya di dalam usaha meng upgrade blog saya..harap bersabar dan beri kerjasama.. :)

Friday, February 25, 2011

menjadi pelajar semester akhir DIIA...

alhamdullilah...kini diri ini adalah pelajar semester akhir Diploma Analisis Pelaburan di UiTM Segamat yang tercinta ini.... sebagai pelajar semester akhir pastinya sangatlah sibuk..(tiada masa utk bercinta..haha ) .

buka mudah sebenarnya bagi menjadi pelajar semester akhir ini.. segala ranjau perlu dihadapi dengan kekuatan untuk menghabiskan nya...bila kita dah jadi pelajar semester akhir ni juga, perasaan bercampur baur, mula2 rasa sangat excited sebab dah nak habis diploma dahhhh (sekejap je masa berlalu.seperti terasa baru je part 1).., tapi akhir2 rasa seperti sedih juga sebab nak tinggalkan kawan2 diploma dan memori2 ini semua... saya sayang Investment ini...terutama korang lah JBM1146A!!!




pelajar semester akhir DIIA

seminar Get Beauty and Bold in Investment



Tidak di lupa juga kenangan wing 10....wing masa saya part 1...seronok sekali.


cuma berharap....dapat menamatkan diri ini sebagai pelajar Diploma Analisis Pelaburan dengan jayanya bersama rakan-rakan tersayang semua...Amin..........





P/S: I LOVE YOU PPG!!!


takkan Blog hilang di dunia...

wowwww.. setahun lebih tidak menyentuh blog ini... apa sudah jadi?? umpama tinggalkan skandal begitu sahaja...hahhaha...
agaknya sibuk sangat ke saya sampai tak update lamaaaaaa gilerr... (hey, semua org sibuk lahhh) . ok.tapi sebab dah bosan kot..hehe..
tapi kini memang rasa mahu kembali ber Blog... kerana terasa ia seronok kembali... selamat kembali Edurra.!!!!!...

berusaha edurra!!!!!
selamat berjaya!!!