Tidak akan melayu hilang didunia

Sireh berlipat sireh pinang,

Sireh dari Pulau Mutiara,

Pemanis kata selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.

Wednesday, September 16, 2009

pengutusan SALAM LEBARAN...

diperantauan ini(yeke???jauh sgt la tu..) saya ingin mengucapkan...







memohon.....

MAAF ZAHIR DAN BATIN
seikhlas hati...
setulus doa...
Ucapan khas ini teristimewa ditujukan buat :
1. keluarga tercinta saya yang berada di Batu Pahat
2. sanak-saudara saya
3. rakan-rakan sekolah rendah saya di Sekolah Kebangsaan Peserai
4. rakan-rakan sekolah menengah di SMK Dato Onn (terutama ex-1 topaz, 2 zamrud dan 3 zamrud)
5. rakan rakan sekolah menengah di SMK Tunku Putra (terutama ex 5 Amanah)(Azawan, bby Daus, qida,nisa,ijan,niza,nira,emi,jemik,)
6. rakan-rakan di Uitm Johor (terutama Investment student part 3).
7. Guru-guru SKP, SMKDO,SMKTP (terutama cg.Rosita, cg.Halid,cg.Syarifah,cg Faridah,)
8. Kaseh sy (NURUL SYAKINA), rindu sy (SITI FATIMAH) dan sayang sy(NORJAHRIN).
9. syazliyana sazali, nizar shahmin, yazid nasir
10. norasyikin kadir, athirah md saleh
11. JULIANA AHMAD (my idol)
12. geng PPG ( MIRA kesuma, NAZIRA puspa wangi, NADIAH embun)
13 dan semua yang mengenali saya dan menyayangi saya serta bersama saya ketika senang dan susah, suka dan duka....

Wednesday, September 9, 2009

he's the man!!





ku telah 'terjatuh' pada Dev Patel...

hmmm nmpknya he's the man. after arjun saya (hehe)

Sunday, September 6, 2009

KISAH SI PENJUAL TEMPE












Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari..



Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.



Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak....



Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil.



Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa ,






"Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin"



Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.



"Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin"


Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa..


"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin".


Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun terkejut seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe ...


Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh disudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,


"Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."


Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya,


"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".



Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu,



"Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"



Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England , si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan Allah.






Moral Cerita:



1. Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.



2. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.



3. Tiada yang mustahil bagi Allah



4.Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.




Monday, August 31, 2009

Tazkirah Ramadhan edisi 2

Hadith yang menarik....

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimban g. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


---Saya dapati nadith ini dr seorang teman saya dan ingin saya kongsikan bersama anda rakan-rakan saya bersempena bulan yg mulai ini---


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:
'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

pantun-pantun cinta

ingin saya kongsikan pada anda semua beberapa rangkap pantun cinta yang saya temui dan pantun-pantun ini mungkin ada yang biasa anda dengarnya.. mungkin ini boleh dijadikan rujukan buat sang-sang arjuna yang ingin memikat sang-sang....emmm sang arjuni kot..hehe..

Bulan purnama elok menyinar
Di balik awan nampak berbalam
Cinta nan syahdu sudah tersebar
Tersenyum daku siang dan malam

Tuai padi sebelum masak
Sireh junjung buat pinangan
Ku cuba intai tapi tak nampak
Jadilah hamba rindu bayangan

Andai Rajuna berwajah anggun
Seluruh pelusuk telah tersiar
Tersirat di hati bagai terpegun
Bulan di tangan kenapa disambar?

Tinggi tinggi mata hari
Anak kerbau mati tertambat
Sudah lama saya mencari
Baru sekarang saya mendapat

Bijak pendita bermain kata
Di sana sini nama bersemadi
Cinta manusia ciptaan kita
Cintakan Allah kekal abadi

Laksamana Hang Tuah lima bersaudara,
Pergi ke Pahang mencari Tun Teja,
Wahai Cik Abang...saya nak tanya
Apakah ubat hati yang lara? (ini antara pantun yg saya suka.he3.nak tau nape??hayatilah..)

tazkirah Ramadhan edisi 1...

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.... ???????

TIME TO LOVE....

Once upon a time, there was an island where all the ‘feeling’ lived.
Happiness, Sadness, Knowledge, and all of others, include Love.

One day it was announced to the ‘Feeling’ the island would sink.
So they all prepared boats and let Love was the only one who stayed.

But when Love was almost sinking she decided to ask help.
Help, help!! who can help me.?

Richness, can you take me with you???
-No, I can’t. There is a lot of gold in my balloon, there is no place here for you $$$.

Sadness, let me go with you.
-Oh Love, I’m so sad that I prefer to go alone.

Happiness, help me help me.
-Happiness was so happy so he did not listen when Love call him!

When Love was almost give up asking for help, suddenly there was a voice.

come Love, I will take you.
the one who helped Love is an elder. Love become very happy that she even forgot to ask the elder his name....

When they arrive on dry land the elder went on his own way.. Then Love asked Knowledge the name of the elder who had helped her.
His name is ‘Time’?.
Time?? but why did Time help me???
Because only Time is capable of understanding how great Love is....

Take the time to know what real love is